Tuesday, June 30, 2009

Sebab dan tujuan Hijrah

Dakwah islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun. Dalam jangka masa tersebut pelbagai rintangan telah dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah. Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah.Namun,faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu.Dalam wahyu ini,Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah telah memerintahkan baginda supaya segera berhijrah perintah yang berasakan ayat Al-Quran iaitu Surah Al-Anfal telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Kota Madinah.Dengan perlindungan Allah,baginda dan sahabat baginda,Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah.

Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam.Di Makkah,ancaman daripada penghijrahan itu bukan bererti yang orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam.Bagi Nabi Muhammad SAW suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.Hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu-padu yang sempurna diwujudkan.

Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflikl. Pada ketika itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sering bertelagah sesama sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi. Oleh itu, orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai kepimpinan mereka. Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.

Untuk maklumat lanjut,sila layari www.islamic-world.net/islamic-state/medincon.htm


No comments:

Post a Comment